Death
Aku mimpi aku mati.
Terasa mcm betul betul terjadi sbb, entahlah.
Aku di situasi yg satu ini dimana aku tak sangka pada waktu mcmtu aku boleh mati.
Adik adik aku muat naik "status" mengatakan "3 days missing and found dead. Miss my sister so much."
I was there watching them, but they didn't see me.
I call out their names but no answer.
Feels like I'm lost.
Nobody, I mean- no one yang merasa kehilangan bila dapat tau aku dah mati.
Where suddenly I has this feeling that, there's so many things I haven't done yet.
Too much regrets.
I was scared (still am).
Sometimes I'm confused. No one can help but Allah. Tetapi tiada asbab (org) utk aku teruskan niat ini. Tiada bantuan. Aku ibarat terkapai kapai. Tangan yang aku lambaikan tidak dicapai.
Aku terkadang tidak mempunyai perasaan takut utk mati kerana, memang fitrah setiap yg bernyawa pasti akan pergi.
Tetapi yg aku takutkan adalah apabila aku pergi dalam keadaan yg tiada keredhaan daripada Allah.
Pergi dalam keadaan diri bergelumang dengan dosa.
Pergi apabila masih ada insan yg belum memaafkan diri ini.
Pergi kerana tahu akan ibadat yg dibuat masih belum mencukupi..
Aku takut..
Aku takut apabila melihat saudara seagamaku hanyut dengan dunia..
Aku takut melihat ibu bapa yg tidak menghiraukan anak anaknya, mengetahui ilmu agama yg ada pada anaknya tidak sempurna..
Aku takut melihat anak anak yang dengan lantang berani menengking ibu bapanya tanpa meminta maaf..
Aku takut melihat mereka yang tidak pedulikan rakannya, dan lebih suka mengejar syurga bersendirian..
Aku takut melihat orang yang suka menuduh tanpa usul periksa..
Aku takut melihat orang yang suka menghakimi tanpa mengetahui kisah seserang itu..
Aku takut melihat seseorang yang berani memaki saudaranya di khayalak ramai.
Tiada sifat pemaaf.
Tiada sifat penyabar.
Allah..
Aku adalah salah satu manusia yg aku baru nyatakan.. Betapa berdosanya diri ni..
Aku terkadang keliru.. Tetapi aku sedang belajar supaya dapat menerima segala ujian daripadaMu..
Dunia aku pun masih tunggang langgang, apatah lagi akhirat..
Fikiran aku terkadang tak menentu.
Paranoid.
Paranoid tentang betapa orang sekeliling membenci diri aku.
Mungkin mereka juga seperti aku, yg terkadang selesa menyapa macam sudah kenal lama.
Dan mungkin juga seperti aku, yg terkadang sangat sangat malu untuk menegur.
Mungkin ada yg kategorikan aku sombong.
Sungguh, berapa kerat saja rakan yang aku boleh luahkan perasaan. Penerimaan setiap individu berbeza. Macam macam nasihat aku terima.
Aku seorang yang terkadang okay dan normal. Dan ada masanya aku terlalu "lost".
Dan aku juga, apabila setiap kali terpandang seseorang dan terasa ingin berkata sesuatu segera aku tepiskan fikiran itu.. Kerana sesungguhnya aku tak tau apa pengakhiran dia. Dan aku juga tak tau apa pengakhiran aku..
Matikanlah aku dalam husnul khotimah ya Allah....
0comment(s)
OLD